W.C 2010 - VIVa ESPANA!!! Bueno Trabajo!!

Sudah penat bersengkang mata, sudah penat bersembang pasal bola, mahu di pejabat ataupun di kedai-kedai kopi, maka semalam berakhir sudah pesta sukan agung dunia. Kejohanan Piala Dunia akhirnya melabuhkan tirai dengan menobatkan Spain sebagai juara tahun 2010 di Afrika Selatan selaku tuan rumah.

Sepanjang berlangsungnya kejohanan berprestij ini pelbagai perkara menarik yang dapat dikongsi sepanjang kejohanan ini. Antara yang paling menarik adalah berkenaan ramalan sotong kurita yang bernama Pulpo Paul.

Gambar Paul pada corak bendera Spain

Direkodkan disini kesemua ramalan Paul sepanjang kejohanan Piala Dunia adalah 100% tepat! Sangat pelik dan kagum berkenaan ramalan ini. Adakah ia kebetulan? Apa yang pasti, populariti Paul telah menarik minat peniaga Sepanyol untuk membeli Paul dengan harga €30,000 ($38,000). 


Sepanjang kejohanan juga memberikan banyak komen berkenaan penggunaan bola Adidas Jabulani yang dikatakan sangat sukar dikawal. Kebanyakkan pemain ternama gagal menyempurnakan sepakan percuma ke gawang gol menggunakan bola ini. 

Tetapi, tidak pula berlaku kepada pasukan asia seperti Jepun dan Korea Selatan banyak menjaringkan gol melalui sepakan percuma oleh pemain mereka. 

Sepanjang kejohanan ini juga, berlaku perkara yang amat tidak disangka kerana tersingkirnya pasukan favorite seperti Brazil, Argentina, Italy dalam peringkat pusingan dan suku akhir. 

Bak kata orang, bola itu bulat. Sudah menjadi adat permainan, ada yang kalah dan ada yang menang. Yang pasti, kejohanan Piala Dunia ini disaksikan oleh semua golongan masyarakat dan tidak hairanlah kejohanan Piala Dunia adalah sukan paling teragung di dunia. Maka, penantian empat (4) tahun lagi bermula. 

Musim bola sudah habis, yang mana sempat beli jersey pasukan kegemaran sila lah pakai. Nanti basi pulak. Apa pun, akhir kata majulah sukan bola sepak untuk negara! Bila la masanya nak tengok pasukan negara sendiri boleh masuk World Cup. Oklah, GO!

Shino said : Waka waka

Labels: , , ,