Burung Dalam Sangkar

Topik kali ini adalah bertajuk burung dalam sangkar. Inilah hakikah bekerja dengan kerajaan. Mereka ibarat burung dalam sangkar. Diberi makan dan minum setiap hari oleh tuan punya sehingga suatu masa akan dilepaskan apabila sudah tidak berguna lagi. Itulah hakikat sebenarnya.

Amat berbeza dengan mereka yang bekerja sendiri, ia ibarat burung yang terbang bebas mencari makan. Kadangkala dapat hinggap di dahan yang tinggi, boleh terbang tinggi di awan. Malah, sering kali ditimba kesejukan akibat hujan dan hanya berteduh dibawah dahan kayu. Mereka berdikari mencari sesuap makanan dan kadangkala jika nasib tidak menyebelahi, maka berlaparlah ia untuk seberapa ketika.

Inilah rona-rona kehidupan yang realiti. Apa yang pasti, semua orang dalam dunia ini bekerja untuk mendapatkan wang bagi perbelanjaan hidup mereka sehari-hari. Kadangkala sanggup memaksa diri untuk mendapatkan sedikit keperluan hidup.

Walaupun banyak yang berpendapat bekerja dengan sektor awam sangat glamour dan senang, sebenar ia tidak semudah yang difikirkan. Masing-masing mempunyai cabaran tersendiri. Ujian ini amat getir jika suasana persekitaran yang tidak banyak memihak kepada diri sendiri.
 
Maka, apa yang pasti, kita harus bersabar dan memohon kepada Ilahi supaya diberi kekuatan dan ketabahan bagi menempuh pancaroba kehidupan yang tanpa batas.
 
Shino said : Dugaan hidup

Labels: , , ,