Tokay Gecko Diburu


 Keratan akhbar Metro 5hb m/s 14
Tokay Gecko dah jadi barang rare untuk dimiliki pada masa sekarang. Rasanya sudah ramai yang mula mencari binatang ini. Entri pasal gecko ini telahpun diulas dalam entri lepas http://www.encikshino.com/2010/06/duit-atas-angin.html . Jadi buat masa ini tak perlulah bercerita panjang lebar lagi berkenaan hal ini.

Sepasang Tokay Gecko berat lingkungan 300g 
bernilai lebih kurang RM100 ribu

Buat masa ini, menjaga gecko ini sangatlah mencabar dari segi pengendalian bekas simpanan. Anda mungkin terdedah dengan risiko digigit kerana gecko ini sangat susah dijinakkan. Jikalau anda berjaya menjinakkan binatang ini, sudah pasti pengendalian sangatlah mudah. Jikalau anda leka sudah pasti tangan anda menjadi santapan gecko ini. Sila dapatkan suntikan ATT dan antibiotik segera!

Kesan gigitan gecko akibat pengendalian 
tanpa protection

Apa yang menarik berkenaan gecko ini adalah dari segi warna badan yang cantik serta berubah mengikut suhu dan keadaan sekeliling. Selain ia menjadi buruan akibat ramuan tradisional ubat penyakit Aids, ia juga menjadi tarikan pembela reptilia sebagai hobi. Oleh kerana itulah harganya mencecah sehingga 1 juta jika mempunyai berat sekilogram seekor.


 
Keratan iklan laman web jualan online (Harga RM100k)

Sesiapa yang berminat untuk memiliki gecko ini boleh terus email kepada shino@encikshino.com untuk keterangan lanjut.

Shino said : Binatang berharga!

Labels: , , ,