Buat Duit Dengan Burung Walit

Sangat tertarik juga dengan projek ternakan burung walit ni. Industri ini sebenarnya mula mendapat perhatian di Semenanjung Malaysia. Maklumlah pasaran sekilogram  sarang burung walit boleh mencecah hampir RM4,000 hingga RM6,000 sekilogram. Tapi sebelum itu, kita mestilah masak dengan cara-cara pemeliharaan burung walit. Dimasa saya sedang sibuk mencari info berkenaan ternakan burung walit, dapatlah saya berkongsi disini untuk pengetahuan pembaca. 

Pada masa dahulu ramai orang berpendapat bahawa sarang walit  dibina daripada rumpai laut. Namun sangkaan tersebut amat meleset. Proses pembuatan sarang dilakukan secara bergantian oleh burung jantan dan betina. Air liur dihasilkan dari kalenjar air liur (grandula saliva) yang membesar pada saat musim mengawan. Kalenjar air liur burung walit dewasa dalam keadaan aktif boleh mencapai lebar 3-4 mm dan panjang kurang lebih 5-6 mm. 

Gambar : Sarang burung Walit

Sarang walit pada dasarnya berwarna putih dan bersifat kenyal (tergantung kandungan air), mempunyai bau khas seperti telur dengan bentuk menyerupai sampan dan terdiri dari rerambut yang berserabut yang memanjang. Hujung sarang dan bahagian sarang yang menempel pada dinding adalah lebih keras daripada bahagian sarang yang lain. Di dalam sarang terdapat anyaman seperti jala yang berfungsi sebagai  tempat meletak  telur supaya selamat dan tidak mudah pecah. Anak burung walit yang baru menetas tidak berbulu dan sangat lemah serta belum mampu untuk mencari makanan sendiri dan ibu burung walet akan datang menyuapkan makanan sekerap dua (2) hingga tiga (3) kali dalam sehari. 

Cara pungutan sarang burung dapat dilakukan dengan beberapa cara, iaitu dengan cara berikut :

Pungutan Secara Rampas
Cara ini dilaksanakan setelah sarang siap dipakai untuk bertelur, tetapi pasangan walet itu belum sempat bertelur. Cara ini mempunyai keuntungan iaitu jarak waktu pungut cepat, kualiti sarang burung bagus dan total produksi sarang burung pertahun lebih banyak. Kelemahan cara ini tidak baik dalam perkembangan burung walit. Keadaan burung akan lemah kerana terus menerus membuat sarang sehingga tidak ada waktu untuk istirahat. Kualiti sarangnya juga merosot dan menjadi lebih kecil dan nipis kerana pengeluaran air liur tidak mampu untuk mengimbangi waktu untuk membuat sarang dan bertelur.

Pungutan Secara Buang Telur
Cara ini dilaksanakan setelah burung membuat sarang dan bertelur. Telur diambil dan dibuang kemudian sarangnya diambil. Cara ini mempunyai keuntungan iaitu dalam setahun dapat dilakukan pungutan sehingga 4 kali dan mutu sarang yang dihasilkan pun baik kerana sempurna dan tebal. Namun, dari segi kelemahannya pula ialah burung walit tidak ada kesempatan untuk menetaskan telurnya.

Pungutan Secara Penetasan
Cara ini dilakukan ketika anak-anak walet mula menetas dan sudah boleh terbang. Kelemahannya ialah mutu sarang menjadi rendah kerana ia sudah mulai rosak dan dicemari oleh kotoran dan najis burung. Dari segi keuntungannya pula ialah burung walit dapat membiak dengan lebih tenang dan aman sehingga populasi burung meningkat.

Selain itu juga, terdapat juga waktu pungutan yang biasa dilakukan iaitu :

Pungutan sebanyak empat (4) kali setahun
Pungutan ini dilakukan apabila walit sudah biasa dengan habitatnya(rumah) dan telah padat dari segi jumlahnya. Cara yang digunapakai ialah dengan cara pungutan secara rampas.

Pungutan sebanyak tiga (3) kali setahun
Kekerapan pungutan ini sangat baik bagi rumah ternakan walit yang sudah berjalan dan masih memerlukan penambahan populasi. Cara yang dipakai ialah dengan cara pungutan tsecara penetasan

Pungutan sebanyak dua (2) kali setahun
Cara pungut ini dilakukan pada awal penternakan  dan bertujuannya untuk memperbanyakkan populasi burung walit.

Rekabentuk Rumah Burung Walit
Jika kita ingin mengkaji habitat semula jadi burung walit, ia biasanya akan bersarang di gua-gua yang lembab, maka sudah pasti rumah burung walit yang akan dibina perlu dilengkapi dengan keadaan suhu yang sesuai, kelembapan yang tinggi dan ruang pintu masuk dan keluar serta rekenbentuk dinding yang memudahkan burung walit bersarang. Dari segi kosnya tidaklah semahal membina gelanggang futsal, namun sudah cukup dengan berbekalkan modal serendah RM15,000 bergantung kepada material yang digunakan. 
Dari segi design pula, rasanya tiada masalah bagi memilih kontraktor binaan, sila pilih kontraktor yang betul-betul boleh membina seperti spesifikasi yang anda mahu. Namun, sudah ada geran atau pinjaman yang ditawarkan oleh pihak bank untuk tujuan melaksanakan projek ternakan ini.

Keserasian Projek
Pada pandangan saya sendiri, projek ini sangat mampu menampung perbelanjaan peribadi dan boleh dijadikan sumber pendapatan. Tetapi, ia juga perlu dikaji dengan lebih mendalam jika mahu mengusahakannya. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah :

a) Adakah burung Walit akan terus hinggap dan bersarang di dalam gudang yang anda bina?
b) Berapa lamakah tempoh masa burung tersebut akan mula membuat sarang sedangkan anda terpaksa membayar pinjaman. Lainlah kepada mereka yang ada duit lebih.
c) Dari segi pasaran, apa yang akan berlaku jika berlaku lambakan sarang burung walit dipasaran? Maklumlah, pada masa sekarang, pembinaan sarang burung walit sudah tumbuh umpama cendewan selepas hujan. Perlu cari alternatif lain untuk pasaran.

Apapun projek yang akan anda laksanakan ia perlu disusuli dengan usaha yang gigih. Tanpa usaha masakan mimpi menjadi kenyataan? Fikir-fikirkan lah.

Shino said : Projek gudang or burung Walit?

Pic by google

Labels: , , ,