Tokay Gecko Diburu EP.03


Sebut sahaja Tokek semua orang dah kenal. Pada masa sekarang hampir setiap masa orang asyik duk bincang pasal menatang ni. Bermula di kedai kopi hinggalah ke surau. Sebenarnya bukan sahaja di Malaysia orang duk asyik cari binatang Tokek ni, tapi pencarian ini telah merebak hingga ke Indonesia, Thailand, Myanmar dan Laos yang  merupakan country of origin bagi cicak Tokek. Mereka telahpun melantik agen rasmi di setiap kawasan dan daerah untuk mendapatkan cicak Tokek yang berharga ini.

Bila sebut pasal cicak Tokek, maka mulalah berfikir, mana nak cari binatang ni? dan wujud pula rekrut baru broker-broker Tokek tumbuh bab seperti cendawan  selepas hujan. Apa tidaknya, sebusuk-busuk broker boleh meraih untung sekurang-kurangnya RM10,000 sekali transaksi. Itulah hebatnya Tokek ni. Binatang yang telah mendapat dana yang besar melalui penyelidikan oleh Pusat Penyelidikan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menjadikan vaksin untuk penyakit HIV dan kanser.

Biasanya harga enzim daripada Tokek bergantung kepada kuantiti piawaian vaksin dalam tiub selinder (ketumpatan jisim dan air) seperti minyak gaharu. Diceritakan juga bahawa rembesan air liur dan organ hati merupakan bahan asas untuk vaksin tersebut. Oleh yang demikian, berat isipadu organ dan kesihatan Tokek adalah sangat mustahak untuk menghasilkan ubat yang baik.

Maka, dalam proses pemilihan Tokek oleh pembeli berlesen, beberapa kriteria diambil kira oleh pembeli berlesen untuk mendapatkan Tokek dari liar. Antaranya ialah Tokek perlu melalui pemeriksaan kesihatan oleh doktor veterinar. 

Beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pemilik haiwan tersebut untuk menjual haiwan mereka antaranya ialah seperti berikut :

a) Pemilik akan menjemput Team buyer (wakil pertama) untuk dapat melakukan urusniaga/transaksi dan membuat surat perjanjian (M.O.U)  dan didaftarkan sebagai jual beli Tokek.

b) Setelah menerima undangan, esoknya buyer akan segera turun untuk melakukan transaksi di tempat sesuai dan selamat. Apabila sampai di lokasi dalam waktu 12 jam Team buyer (wakil pertama) diharuskan melihat dan menilai Tokek sebagai system transaksi lulus dan dapat di lanjutkan ke peringkat test pertama dan seterusnya.

c) Kemudian dalam tempoh 12 jam Team consultant (doktor/lawyer/funder/banker) akan turun untuk transaksi pertaman iaitu pengujian dilakukan 2 kali (dalam tempoh 48 jam antara test 1 dan test 2)

d) Test pertama ialah laporan penilaian doktor secara fizik/scan/foto dan timbang. Manakala penilaian kriteria tokek adalah seperti  mengenalpasti jenis Tokek rumah atau pohon. Kondisi badan mestilah sihat dan tidak cacat. 

e) Kondisi perut dalam keadaan kosong dan tidak padat (normal). Kepala harus lebih besar daripada badanya (perut). Tokek dipelihara secara semulajadi tanpa adanya proses pengemukan buatan. Tokek sensitive terhadap lingkungan, lincah dan tidak kaku. Berat minimal tertera dibawah, siap pengukuran dan penimbang. Badan seperti cicak dan adanya bintik-bintik warna merah, hijau, putih dan kelabu. Tokek dapat merayap di dinding, tembok, kayu dan kaca,

f) Apabila kriteria lulus, funder akan meletakan wang deposit sebanyak RM250,000.00 sebagai tanda Tokek dalam transaksi yang berjaya (perkara ini diuruskan oleh lawyer). Bayaran deposit ini tidak dapat lagi digunakan sepenuhnya selagi test ke-2 dinyatakan lulus. 

g) Setelah transaksi pertama selesai Tokek haruslah di pindahkan ke tempat yang lebih selamat seperti dihotel dan dijaga oleh pemilik dan orang-orang terbabit sebagai keselamatan sampai selesai yang test ke-2. 

h) Test ke-2 akan dijalankan pada hari keesokkannya seperti test pertama daripada penilaian doktor didapati tidak berubah dari segi berat jumlahnya adalah sama. Maka Tokek tersebut ditimbang buat kali terakhir sehingga Tokek mencapai berat minima 400 gram, barulah test tersebut dianggap LULUS.

i) Setelah selesai semua test yang dijalankan, wang deposit bolehlah digunakan sepenuhnya dan peranan ini diuruskan oleh lawyer dan banker. Apa yang berlaku pada masa tersebut, pembayaran terus akan dilakukan ke semua akaun pemilik dan juga broker.

j) Pembayaran dianggap selesai setelah pemilik dan broker  memeriksa akaun masing-masing dan proses serahan barang dilakukan dengan baik.



 
 Gambar 1 : Tokek yang ditimbang bersama bukti surat khabar pada hari tersebut.

 Shino said :  Mahal ubat ni, nak buat vaksin pun bukan sebarangan juga..

Labels: , , ,