Wivo Putih Jadi Arwah..


Hari ini aku akan ceritakan sedikit kronologi berkenaan kereta pertama aku. Proton Wira berkapasiti 1500cc, dibeli pada bulan Mac 2005 dan merupakan satu-satunya kereta persendirian yang aku beli dengan duit makan gaji. Aku beli kereta baru kereta tu berpendaftaran Pahang. Semua proses pembelian diuruskan oleh bapa kerana aku belum mahir dalam selok belok ilmu membeli kenderaan. Maklumlah, budak baru start nak beli kereta sendiri. Dari segi spesifikasi, aku memilih untuk ambik spec paling rendah. Itu adalah perancangan aku untuk convert jadi Evo betul. Nak beli yang Mitsubishi Evolution yang original sure tak mampu.

Maka, proses bujet apa yang hendak dibuat ke atas projek car Wivo telahpun dikaji dari segi costing dan sebagainya dengan merujuk kepada seorang kawan rapat. Pada hari pertama, aku telah mula laburkan duit untuk tinted dan sportrims. Of course dah jadi kewajipan kereta mestilah kena tinted. Sehingga mileage kereta menjadi 23000KM, tanpa berfikir panjang. Aku mula melaburkan RM10,000 untuk dapatkan halfcut daripada kereta Mitsubishi dari jepun. 

Proses mencari sparepart untuk complete kan semua bodypart dalam dan luar memakan masa sehingga tahun 2008 termasuk menukar hampir 90% parts asal kepada barang aftermarket model Evolution. 

Satu bajet dan masa yang amatlah panjang plus duit pun takde datang seketul. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Itulah prosesnya. Maklumla barang aftermarket kadang-kadang sangat limited dipasaran even kau ada duit seketul.

Sehingga pada tahun 2009 dalam entry "Sleeping Monster" lepas, colour asal Wivo telah ditukarkan kepada warna Champion White dengan rim 17 Inch Advan RG putih. Namun, sejak kebelakangan itu, hati telahpun beralih arah kepada kereta lain yang lebih mewah dan sporty menjadikan aku berfikir 1000x untuk menyimpan atau melepaskan Wivo kepada sesiapa yang ingin memilikinya. Ia telah menjadi tumpuan beberapa orang daripada Pahang, Kedah, Penang, Terengganu, Kelantan dan Sabah yang cuba untuk membeli dengan harga RM40K. Tetapi berat juga hati untuk melepaskan Wivo kerana kereta tersebut mempunyai nilai sentimental yang tinggi pada diri aku. 


Sehinggalah pada bulan Mei 2010, akhirnya aku sudah bersedia  melepaskan Wivo dengan kepada seorang sedara. Itupun secara terus tanpa berfikir panjang. Aku perlukan duit untuk dapatkan kereta idaman lain. Bab kata orang, "Cinta dah beralih arah". Apa yang pasti Proton Wira tetap Proton Wira walaupun kau dah abiskan berjuta sekalipun. Satu masa pasti kau akan rasa tak puas. Pakai barang convert tak ke mana. Barang original adalah yang terbaik. 

Namun, belum sahaja aku dapat mencari penganti Wivo, berita malang telah diterima daripada seorang rakan baik. Ini berlaku seminggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Wivo akhirnya hangus dibaham dek api oleh kerana kebakaran rumah. Kesian sungguh pada Owner. Apepun ucapan takziah untuk beliau.


Kebakaran rumah mengakibatkan Wivo hangus

Bak kata pepatah melayu, "Patah tumbuh, hilang berganti". Apepun Wivo tetap jadi kenangan buat aku selama-lamanya. Bingkisan cerita Wivo boleh diikuti koleksi seperti berikut :

http://www.encikshino.com/2008/02/kongsi-sket-tips-cari-engine-kt.html

http://www.encikshino.com/2008/02/wastegate-idle-size.html

http://www.encikshino.com/2008/05/engine-pilihan.html

http://www.encikshino.com/2008/06/wira-evo-wivo.html

http://www.encikshino.com/2008/12/mood-kereta.html

http://www.encikshino.com/2009/02/project-car.html

http://www.encikshino.com/2009/02/sleeping-monster.html

http://www.encikshino.com/2009/02/evolution.html

http://www.encikshino.com/2009/05/tips-sayangi-kenderaan-anda.html

http://www.encikshino.com/2009/05/orange.html

http://www.encikshino.com/2009/05/let-go-my-e2.html

http://www.encikshino.com/2009/06/kocek-seluarku-rabak.html

http://www.encikshino.com/2009/06/pembedahan-wivo-selesai.html

http://www.encikshino.com/2009/12/sayonarawivo.html 


Shino said : Sedih tengok keadaan Wivo...

Labels: , , ,