Kisah Dua Kontraktor Binaan

Dalam sebuah kampung, ada dua (2) orang kontraktor binaan. Masing-masing telah mendapat projek yang dikurniakan oleh orang kaya untuk membina jambatan dari sebuah kampung melintasi sungai ke seberang kampung lain. Tempoh yang dipersetujui oleh mereka ialah selama dua (2) bulan. Maka, sejak itu bermulalah kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut dan diawasi oleh seorang wakil khas lantikan orang kaya bagi tujuan memantau perjalanan projek tersebut.


Setelah sebulan kerja-kerja dijalankan, kontraktor A telahpun berjaya menyiapkan hampir sepenuhnya jambatan dan hanya menunggu untuk kerja akhiran projek tersebut. Namun, berbeza dengan kontraktor B yang hanya dapat menyiapkan rangka besi sahaja pada jangka masa tersebut. Ini adalah kerana kontraktor B sangat jujur dan tidak "mencuri" dalam proses menyiapkan projek tersebut. Kontraktor B juga sering ditegur dan diubah spesifikasi asal struktur jambatan oleh wakil yang menjaga projek. Apa tidaknya, kontraktor B tidak pernah faham untuk melayan karenah wakil orang kaya dalam memenuhi apa sahaja keperluan peribadi beliau yang berlaku diluar proses pembinaan tersebut.

Setelah tamat tempoh dua (2) bulan, projek tersebut gagal disiapkan oleh kontraktor B dalam masa ditetapkan dan projek itu hanya dapat disiapkan dalam tempoh tiga (3) bulan berikutnya, manakala kontraktor A telahpun mula membuat tuntutan bayaran terhadap projek tersebut. Akhirnya pada bulan ke empat, kedua-dua jambatan tersebut telahpun siap dan mula digunakan oleh orang ramai untuk menyeberang. 

Apabila tiba musim hujan, jambatan yang dibina oleh kontraktor A mula menunjukkan kesan keretakkan pada struktur asas dan jambatan tersebut terpaksa ditutup bagi menjaga keselamatan orang ramai yang menggunakan kemudahan tersebut. Setelah dikenalpasti, jambatan tersebut perlu dirobohkan dan dibina semula. Lainlah cerita bagi jambatan yang dibina oleh kontraktor B, ia tetap utuh dan selamat digunakan sehingga kini.

Daripada cerita tersebut, para pembaca sudah pasti mempunyai komen yang tersendiri.... :) 
Oklah GO!

Shino said : biasalah tu..

pic by flickr

Labels: , , ,