Isi Perut Sendiri

Sudah dua bulan periuk nasi elektrik tak berasap. Bukan tak tahu masak tapi masa tu tak mengizinkan. Bila direnungkan periuk yang sedang ternga-nga luas itu. Maka mulalah penulisan celoteh ini. 

Dalam banyak-banyak negeri yang aku pergi, rasanya negeri Kelantan lah menawarkan harga makanan paling murah disamping banyak kedai makan tumbuh ditepi jalan untuk disinggah. Bila sebut pasal kedai makan, ia satu perkhidmatan yang baik dan berguna kepada mereka yang tiada masa untuk sediakan makanan sendiri dirumah. Al maklumlah, kalau nak masak  sendiri pun belum tentu kosnya sepadan dengan sepinggan nasi yang dibeli. 



Apa kita nak menyediakan satu lauk yang paling simple. Sebagai contoh, nak masak telur dadar. Kalau nak masak benda tu, bukan nak kena ada kuali sahaja. Malah kena ada gas, dapur, bawang dan lain-lain rencah. Sepaling-paling busuk pun, kalau nak buat telur dadar, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :

1. Telur dua (2) biji (sebijik memang tak padan kot) 
2. Dapur 
3. Gas 
4. Kuali 
5. Pemegang kuali 
6. Bawang 
7. Pisau
8. Garam 
9. Minyak masak
10. Rajin 
 
*Ramuan yang last tu paling mujarab.
 
Kalau dikira balik kosnya, sudah dekat RM100 untuk masak telur dadar. Mari kita kira kos untuk masak nasi pula.

1. Beras 
2. Air 
3. Periuk lektrik
 
Maka bila di total. Kosnya sangatlah tidak berpatutan.. Oleh itu, jom kita kayakan kedai makan yang sedia ada. Hehe...

GO!!

Shino said : Makan kat luar je lah senang..

Labels: , , ,