Makan Oh Makan

Dalam seminggu berapa duit anda dihabiskan untuk makan? Sila jawab dalam hati. Bila sebut pasal makan, faktor cuaca juga amat mempengaruhi. Sebagai contoh, ada seorang kawan yang mengidam nak makan ubi rebus dengan isi kelapa diwaktu musim tengkujuh. Katanya ada sentimentalnya tersendiri. Tapi ada juga kawan yang nak makan sup panas time cuaca sejuk. Setahunya, jarang ada manusia yang mengidam nak makan ais krim diwaktu musim sejuk (musim tengkujuh yang hujan tak henti-henti) kecuali yang special kes macam wanita yang dalam proses menjadi ibu hehe~ 

 Pernah tak makan donut Big Apple? Dalam hati terfikir juga itu semua makanan ringan orang bandar. Donut tu hanganya dalam RM2.30 seketul kalau tak silaplah. Kalau makan nasi lauk ikan sepinggan baru RM1.50. Nampak macam berkira plak pasal makan ni. Tapi takpe, kuih tu memang enak juga. Kalau makan seketulrasa nak berketul-ketul. Kalau dulu, masa study, jangan harap nak makan donut yang semahal tu. Dulu duit belanja tak sebanyak mak bapak sekarang bagi. Semua cukup untuk beli buku dan alat tulis. Tapi masa sekarang, nak lepak dengan aweks sure pergi layan benda alah tu. Sebab semur hidup aku, lah belum pernah sekalipun kawan lelaki aku ajak pergi makan benda ni sama-sama. Jadinya kuih donut macam tu kira dah jadi makanan asas muda mudi sekarang. 

Bila sebut pasal makanan seperti kek, biasanya aku akan makan kek bila tiba besday, hari raya ataupun  jamuan. Tapi sekarang sudah lain. Bila dah buhsan makan nasi, jamuan untuk santapan makan malam pun boleh dijadikan kek sebagai menu. Contohnya kek dari Secret Recepies. Sehingga kini kek tersebut turut menjadi makanan yang boleh diterima makan oleh aku. Masa sekarang memang banyak makanan boleh dimakan selain nasi.

Kalau zaman pak kadok, belalang pun mereka makan. Bila dengar cerita pasal zaman Jepun. Ramai orang makan ubi kayu sebab time tu nak cari nasi bukan main susah. Ini kerana ancaman dari askar Jepun. Oleh itu, mereka makan ubi kayu untuk ganti nasi. Tu semua kisah benar yang aku dengar cerita dari pakcik tua yang berumur hampir dekat 100 tahun. 
 
Panjang betul umur mereka. Bila sebut pasal cara pemakanan mereka, memang sah mereka tak makan benda-benda berperisa macan zaman sekarang. Nak oren beli perisa oren. Nak strawberry beli perisa strawberry. Semua ade. Janji ada duit je. 
 
Pernah juga aku borak dengan seorang pakcik tukang gunting dekat sini. Rambut pakcik tu hitam pekat berkilau, kemas belah ditepi. Maka sempat la aku borak tanyakan umur dan kenapa rambut pakcik tak nampak macam ada uban? Aku tanya ori or celup? Dia cakap ini barang ori. 
 
Rupa-rupanya dia ni jenis yang jaga makan. Dia cakap jangan makan benda perisa. Paling utama elakkan makan meggi. Nanti rambut cepat gugur. Dia sendiri pernah try makan meggi, then selepas seminggu baru rambut beliau berhenti gugur.
 
Maka,melalui eksperimen dari pakcik tu, aku terfikir sejenak. Seingat aku lah, sewaktu belajar kat universiti, meggi tu kira makanan wajib ada dalam loker. Untuk bekalan waktu sengkek. Haih keadaan yang memaksa. Nak buat macam mana kan? Oke lah. Itu saja. GO!!
 
Shino said : Makan tu beringat...

Labels: , , ,