Bangga Anak Malaysia Julang Piala AFF

Aku sangat gembira dan terharu dengan kehebatan pasukan bimbingan K. Rajagopal dan seterusnya meletakkan skuad bola sepak Malaysia di tahap yang boleh dibanggakan. Pada masa sekarang aku rasa skuad muda begini patut diketengahkan untuk mengejar misi Malaysia ke tahap lebih tinggi. Mana tahu boleh masuk World Cup untuk peringkat saringan pun jadilah.

Apapun, perlawanan antara pasukan Malaysia memang nampak sangat kukuh pada benteng pertahanan dan penjaga gol. Best player yang aku rasa sangat berkesan ialah Khairul Fahmi Bin Che Mat (Penjaga goal), Mohamad Muslim Bin Ahmad (Pertahanan), Mohd Sabre Bin Mat Abu (Pertahanan), Mohd Safee Bin Mohd Sali (Penyerang) dan Norshahrul Idlan Bin Talaha (Penyerang) banyak memberikan kelebihan pada skuad Malaysia. Pada aku, pertahanan Malaysia sangat mantap dan mempunyai penyerang berbisa seperti Mohd Safee Bin Mohd Sali (jersi 10). Apa yang aku lihat, berlaku sedikit masalah di peringkat tengah kerana kebanyakkan bola terpaksa dihantar jauh (long ball style). Dari segi mutu pengadilan macam agak worse la. Itu sahaja komen semasa perlawanan 2nd Leg ni.

Walaupun begitu, hari ini adalah sejarah buat pasukan bola sepak kebangsaan yang sudah lama ketagih akan kebangkitan semula skuad Harimau. Yup! Sudah lama peminat bola sepak tempatan menunggu kebangkitan ini. 

Susunan pemain:

Indonesia: Markus Harison; Mohammad Nasuha, M Ridwan, Hamka Hamzah, Zulkifli Syukur, Maman Abdurachman, Arif Suyono (Tony Sutjipto 71), Firman Utina (Eka Ramdani 58), Ahmad Bustomi, Irfan Bachdim (Bambang Pamungkas 58), Cristian Gonzales

Malaysia: Khairul Fahmi Bin Che Mat; Mohd Sabre Bin Mat Abu, Mohd Asraruddin Putra, Safiq Bin Rahim, Norshahrul Idlan Bin Talaha, Mohd Safee Bin Mohd Sali (Izzaq 87), Amar Bin Rohidian, Kunanlan Subramaniam, Mohamad Muslim Bin Ahmad, Mojamad Ashari Bin Samsudin, Mohd Fadli Bin Mohd Shas

Agregat akhir Indonesia 2-4 Malaysia.

Shino said : puas..

Labels: , , ,