Kedai Makan ep.1

Sewaktu ingin pulang ke kampung, maka singgahlah di sebuah kedai makan. Area sini juga, dengan niat nak isi perut yang kelaparan. Dah la tengah rushing nak balik sebelum tengah malam, tapi alih-alih pukul 11 malam jugak sampai.

Nak dijadikan cerita, maka singgahlah di sebuah kedai untuk makan malam. Maklumlah ia terletak dilaluan yang sama. Apa yang buat aku sangat berang ialah berkenaan dengan order makanan  yang lambat serta tak masuk akal. Sampai 1 jam menunggu, order makanan still tak sampai-sampai! Orang lain yang datang sudah saling berganti masuk makan dalam kedai tu. Masa itu, order aku takde lah pelik sangat, hanya nasi goreng ikan masin je!.Orang lain siap order Tom Yam dan masakan pelik-pelik cepat pulak sampai.

Bila aku panggil budak yang ambik order, dia cakap, baru nak cek susunan bil. Jadi aku tunggu lagi dan lepas setengah jam, masih tiada apa-apa. Malah budak pekerja yang lalu lalang tak pernah pandang pun meja aku yang kosong duk menunggu ni. Bila masuk satu jam, aku terus bangun dan pergi ke kaunter untuk buat bayaran. Bila ditanya pada penjaga kaunter bayaran, memang ada makanan yang aku order. Dia cakap lupa nak pergi hantar!!

Oh! sangat tak masuk akal!! Kalau cakap mintak maaf takpe gak. Mulai saat ni, aku dah blacklist kan kedai tersebut. Sampai bila-bila pun aku taknak makan kat situ lagi. Perut pun dah merajuk, masuk angin dan mood nak makan dah hilang terus!

Oklah dah puas bebel. Go..!

Shino said : Pantang betol kalau dapat order lambat!

pictures : Gambar hiasan.

Labels: , , ,