Kedai Makan ep.3

 Gambar hiasan semata-mata
 
Nak tanya pendapat korang. Situasinya begini. Anda baru sahaja tiba di sebuah kedai makan. Kemudian, anda mula ambil tempat duduk yang disediakan. Setelah sekian lama menunggu, tiada seorang pun pelayan restoran yang datang pada anda untuk mengambil pesanan makanan. Malah mereka buat tak nampak dan asyik menonton televisyen atau berborak sesama mereka.

Selepas setengah jam menunggu diambil pesanan, rasa-rasanya apakah perasaan anda pada ketika itu? Boleh anda ceritakah? Atau hanya mahu simpan pengalaman itu dan berfikir positif. Al maklumla kedai itu sahaja yang wujud untuk jadi pilihan sebagai medan selera anda? Anda tentukanlah sendiri..

Pernahkah anda mengalami situasi memilih kedai makan atau medan selera yang dikerumuni oleh pelayan yang datang berkoyan-koyan mengambil pesanan makanan anda serta menawarkan apakah makanan yang menjadi menu mereka? Yup! Aku pernah alami situasi ini. Seringkali ia terjadi oleh kedai yang dikendalikan oleh masyarakat India muslim atau dengan kata lain ialah Kedai Mamak. Jauh sekali, kedai makan atau restoran melayu kita mengamalkan tabiat sebegitu dengan pelanggan mereka. Aku berani jamin kebanyakkan tidak berlaku begitu. Setuju??

Jadi, aku ingin mencadangkan bahawa perilaku endah tak endah dengan kehadiran pelanggan sememangnya kurang disenangi oleh pelanggan. Rasanya bukan aku sahaja yang berpandangan sebegitu, mungkin pembaca diluar sana juga sependapat demikian. Oleh itu, cubalah elak sikap sebegitu. Kita ni kalau berniaga, pelanggan mesti diutamakan. Itu adalah asas sebenarnya. Bukan apa, restoran atau kedai makan berurusan dengan manusia bukan benda atau kayu. Jadi, dari segi mengambil hati perlu ada oke. Barulah meriah.. 

Oklah setakat inilah coretan buat kedai makan ep.3...GO! 

Shino said : Pelanggan no.1. Tanpa pelanggan siapalah kita...

Labels: , , ,