Sajian Semusim

Pada musim sekarang yang suram dengan cuaca yang redup serta berangin. Al maklumlah musim tengkujuh belum lagi meninggalkan bumi Kelantan sepenuhnya. Inilah masa yang sesuai untuk menikmati kuih Putu Halba. Salah satu kuih yang menjadikan ubi kayu sebagai bahan asas. 


Barangkali, pada musim banjir ini, ramai petani yang menanam ubi mula menuai hasil mereka terutama bagi tanaman seperti ubi. Ini adalah untuk mengelakkan isi ubi menjadi rosak akibat ditenggelami air banjir. Sudah pasti dengan adanya bahan mentah ini, maka kuih Putu Halba wujud dan menjadi makanan utama disamping ubi rebus. Boleh juga dikatakan bahawa, kuih Putu Halba ini adalah satu kuih yang bermusim.

Berbeza pada hari kebiasaannya, kuih ini jarang ditemui dijual disepanjang jalan sekitar sini. Jadi, adalah baik sekiranya dapat merasa kuih enak ini buat santapan waktu petang sewaktu pulang dari kerja. Dengan harga yang menarik, hanya RM2.00, anda pasti dapat merasai keunikan kuih ini.

Diigaul dengan isi kelapa parut dan berintikan manisan kelapa menjanjikan keenakan serta mempunyai rasanya yang tersendiri. Nikmat sekali...

Shino said : kuih bermusim

Labels: , , ,