Tenggelam Buat Kali Ketiga

Ini dah masuk kali ketiga rumah sewa dilanda air banjir sejak menetap di Kelantan. Segalanya berlaku pantas sehingga jam 2.45 pagi, kesemua kawasan dalam rumah dilimpahi oleh air hujan sedalam sekaki. Apa yang pasti ia disebabkan oleh sistem parit dan longkang tidak disenggara dengan betul dan menyebabkan air hujan tersekat.


Sehinggalah jam 7.00 pagi, air masih bertakung dan menjahanamkan tikar getah plastik yang terendam selama beberapa jam. Sebab itulah aku malas nak membeli set sofa dan almari yang mahal-mahal dan berat, nanti susah pulak nak mengangkat. Plus plak wife berbadan dua.

Kerja-kerja pembersihan amat memenatkan dan ianya selesai pada sebelah petang. Apa yang pasti ia satu pengalaman baru buat wife aku. Sekarang sudah merungut ingin berpindah ke kediaman baru. Haih! Nantilah diusahakan..

Oklah. Cukup setakat ini. GO!!

Shino said : Dah jadi macam pesta tahunan pulak!

Labels: , ,