Y.E.S dan Jualan Akhir Tahun 2010

Sudah akhir tahun dan diambang penghujung  tahun 2010. Cepat sungguh masa berlalu. Tapi bagi kaki shopping, sudah pasti ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Mahupun sales sempena akhir tahun dan sales sempena menyambut Perayaan Hari Natal. Ini semua kesempatan untuk bershopping sakan. Plus adalah sikit sebanyak duit bonus gaji boleh jadi topup untuk belanja shopping.

Banner Sale 20.11.2010 hingga 2.1.2011

Jadi destinasi kali ini ialah ke Pasaraya SOGO. Sudah tidak asing lagi baki kaki shopping. Misi kali ini ialah menemani wife bershopping. Maklumlah dekat sana pasti banyak pilihan baju yang cantik serta terkini disamping harga yang amat berpatutan. Sudah lama merancang untuk ke sana disamping bersama-sama bercuti akhir tahun. 

Bermula di LCCT terus menaiki bus dengan tambang RM8.00 setiap seorang menuju ke KL Sentra. Dari sana, menaiki LRT menuju ke perhentian Bank Negara dengan tambang RM 1.00. Maka, tidak sampai 10 minit, kami sudah menjejak kaki ke Pasaraya SOGO. 
 
Aktiviti pada 2 (dua) hari pertama ialah membelah sahaja! Kalau bab shopping ni, bawak duit seguni pun belum tentu akan cukup. Yang pasti kenalah beringat-ingat semasa berbelanja.  Takut nanti membazir pulak. Apepun peluang kali ini pasti tidak disia-siakan. Pilihan adalah barangan yang berkualiti dengan nilai diskaun hebat. Itu target sebenarnya. 

  Pilih jangan tak pilih! Pengunjung bersesak-sesak memilih 
barangan peribadi yang ditawarkan dengan harga menarik.

Dari penginapan pula, sangat tiada pilihan oleh kerana pertembungan antara cuti sekolah menyebabkan kebanyakkan hotel penuh. Akhirnya hanya berjaya menginap di hotel area Chow Kit. Itupun sebab wife sudah tak larat nak jalan. Maklumlah dengan keadaan berbadan dua, agak terbatas juga pergerakan. 

Apa yang aku perasan, setiap kali berhenti makan di restoran sekitar Kuala Lumpur, seringkali diganggu oleh pengemis. Kadangkala, ia datang 3 hingga 4 kali dalam satu masa. Sampai aku sendiri pun sudah naik menyampah. Kalau tak silaplah, mereka yang cacat anggota ni telah mendapat bantuan khas dari pihak kerajaan pada setiap bulan. 

Namun, mereka masih lagi mengemis ditempat awam. Sudah pasti ia akan mencemar imej bandaraya dengan cara kegiatan mereka ini. Sabo je lah..

Perjalanan menggunakan teksi bermula dari tempat A ke tempat B dicas dengan harga yang berbeza-beza oleh pemandu teksi yang berbeza. Dengan kata lain, mereka ini boleh dikatakan mengambil kesempatan ke atas penumpang. Penggunaan meter pada teksi dirasakan sangat tidak berkesan untuk menentukan tambang sesebuah teksi tersebut. Sepatutnya, tidak akan berlaku harga yang berbeza-beza.  Adalah baik jika menggunakan kemudahan LRT.

Shino said : sudah puas jalan..

Labels: , ,