Angkara Mulut Luas Ternganga

Kisahnya bermula apabila Ali pergi ke rumah Mak Aji selepas balik mengaji dan terjumpa Pak Aji yang baru balik dari Haji. Maka, daripada peristiwa itu Senah (bukan nama sebenar) mula menceritakan kisahnya kembali. (contoh oke)


Beginilah kisahnya :

Senah bercerita :Ali pergi ke rumah Mak Aji dan Pak Aji tengah mengaji yang baru balik dari Haji.

Pembawa cerita Senah 1 : Ali pergi ke rumah Mak Aji sedang mengaji di rumah Pak Aji.
 
Pembawa cerita Senah 2 : Ali pergi mengaji di rumah Mak Aji dan Pak Aji pun ada dirumah.
 
Pembawa cerita Senah 3 : Ali ke rumah Pak Aji yang sedang mengaji sebab baru balik Haji dengan Mak Aji.

Pembawa cerita Senah 4 : Ali mengaji dengan Pak Aji di rumah Mak Aji.

Pembawa cerita Senah 5 : Pak Aji mengaji dengan Ali di rumah Mak Aji.

Kesimpulannya, bagi mereka yang suka "membuat mulut" ni memang susah nak dibendung. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memang "mulut tempayan" sejak azali. Oleh kerana perangai mereka ini yang suka "menjaga tepi kain orang", maka bermula lah fitnah dan memburukkan hal orang lain. Alangkah malangnya nasib insan yang tidak berdosa angkara mangsa mereka ini. 

Benda patut dibuat bila dapat berita :
a) Diam dan senyum
b) Ambil maklum sahaja
c) Jangan menokok tambah kasi sedap
d) Dengar dengan baik
e) Selidik jika perlu
f) Ambil tindakan tegas betulkan keadaan jika perlu

Apa yang pasti, segala perbuatan mereka ini akan mendapat balasan setimpal. Sekian. GO!

Shino said : Moral - selidik dahulu baru bertindak!
picture by flickr

Labels: , , ,