Cari Jodoh?

 

Pada masa sekarang, lelaki dan perempuan  sering dikaitkan dengan perempuan yang lebih ramai daripada lelaki. Menurut laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan. Ini menunjukkan bahawa pada hakikatnya lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan. (rujukan http://www.statistics.gov.my)

Jadi, kemana perginya kaum lelaki untuk dipasangkan dengan perempuan ini? Jika dilihat di pusat-pusat pengajian tinggi, bilangan lelaki adalah amat sedikit berbanding perempuan. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh perempuan lebih terjurus mempunyai minda dan tahap akademik yang tinggi berbanding lelaki. Kaum lelaki pula kebanyakkan banyak dilihat di pusat-pusat Pemulihan dan sebagaimana. Ini dapat dilihat bahawa sebanyak sepuluh (10) pusat pemulihan, hanya satu (1) daripadanya adalah pusat Pemulihan bagi perempuan iaitu di Kelantan.

Tahap pendidikan yang tinggi oleh kaum hawa membolehkan mereka mempunyai pekerjaan yang profesional seperti jurutera, doktor dan lawyer yang bilangannya lebih ramai dari lelaki. Apa yang pasti, perempuan sebegini sudah pasti akan memilih lelaki yang setaraf dengan kedudukan mereka untuk dijadikan potensi suami. Keadaan nisbah jumlah perempuan hebat yang tinggi berbanding bilangan lelaki hebat dipasaran menyebabkan kekurangan pilihan bagi perempuan hebat untuk dipasangkan dengan lelaki hebat.

Maka, dengan ini berlakulah perkara yang mana, perempuan yang hebat ini tidak bertemu jodoh atau tidak mahu berkahwin. Apa tidaknya? Lelaki yang sepatutnya menyara isteri tidak berkemampuan dan perempuan pula telah mempunyai pekerjaan dengan gaji yang tinggi sudah pasti dapat menyara hidupnya sendiri tanpa bantuan suami.

Kesimpulannya, sudah berlaku kekurangan lelaki yang hebat dipasaran untuk dipasangkan dengan perempuan yang hebat untuk dijadikan potensi suami. Rasanya pada masa sekarang, tidak salah bagi perempuan untuk menentukan jodoh mereka. Apa salahnya memulakan langkah terlebih dahulu kepada lelaki yang kita minati. Istilah perigi mencari timba sudah releven untuk diguna pakai pada masa sekarang. Oklah.. GO!

Shino said : Pilihan dah jadi terhad!
pic by flickr

Labels: , , ,