Bayar Saman

Hari ini 28 Februari 2011, tarikh akhir bagi pesalah trafik untuk menjelaskan saman tertunggak sebelum dikenakan tindakan blacklist! Tapi biasalah budaya orang kita, bila last minit baru kecoh nak buat bayaran  sehinggalah balai Polis pun dah jadi macam pasar borong. Ramai betul manusia beratur. Sampai ke petang pun masih ramai yang menunggu giliran. 

Apa aku lihat, mengapalah kita sebagai manusia selalu inginkan NAMA sehinggakan semasa membayar saman pun sempat lagi bertanyakan antara satu sama lain untuk membandingkan yang AKU lah yg mempunyai paling banyak SAMAN..

Haih. Padahal, pada hakikatnya, orang yang paling banyak saman adalah orang yang paling banyak melanggar peraturan. Kenapa pulak nak bangga diri? Nak tunjuk hebat pada siapakah? Heran bin ajaib sungguh! 

Masa kecil-kecil duhulu memanglah ramai yang lebih cenderung untuk menjadi penjenayah daripada menjadi polis. Barangkali kerana inginkan cabaran gamaknya. Ini seperti permainan dalam "Polis Entri One Tu Jaga, Polis Mati, Pencuri Jaga" (kalau biasa main permainan tu mesti tahu) Sebabnya lebih best kalau jadi pencuri kerana hanya mengambil peluang sahaja sementara yang menjadi polis pula sibuk mengejar, menangkap pencuri (dalam permainan tu). Lebih memenatkan...

Tapi ada juga seorang hamba Allah ni, dia datang dekat aku dan cakap dia ada saman berjumlah RM1,800 SEBELUM diskaun yg dirasakan cukup banyak bagi dia tapi bila dia tanya aku balik, berapakah jumlah saman aku? Aku cakaplah aku tak banyak sangatlah, cuma RM1,300 jer SELEPAS diskaun.... Then dia terus senyap lepas tu.. Hahaha 

Oklah itu sahaja entri kali ini. GO!

Shino said : Rezeki kerajaan..

Labels: , , ,