Hargai G.G

Mulut. Ia berkait dengan gigi dan gusi. Dalam masa yang sama ia memberi gambaran kepada wajah seseorang. Dalam isu kali ini, aku tak nak sentuh pasal bibir yang mengiurkan seperti Angelina Jolie. Tapi pasal benda dalam mulut ok. He

 Murid-murid sekolah rendah sedang diberi tunjuk ajar cara menggosok gigi.

Pada zaman aku kecil dahulu, di sekolah murid-murid diajar cara menggosok gigi dengan cara betul. Selain itu juga, pendedahan diberikan kepada murid-murid betapa pentingnya menjaga kebersihan gigi. Sampailah sekarang amalan pembelajaran itu kekal menjadi salah satu ilmu pengetahuan asas selain ilmu alam, ilmu hisab dan ilmu agama. He..

Walaupun, pada masa sekarang, banyak rawatan digunakan untuk memperbaiki gigi yang rosak, tidak tersusun serta mempunyai masalah gusi namun kos rawatannya amatlah tinggi.  Kalau rawatan biasa macam cabut gigi dan tampal biasa, boleh je pergi ke klinik kerajaan. Bayaran hanya RM2.00 sahaja. Tapi yang aku maksudkan ini ialah seperti  rawatan braces, implant, crown dan bridge.

Mari aku terangkan dengan ringkas.
 
Rawatan braces 
Ia dilakukan untuk mereka yang mempunyai masalah gigi yang tidak tersusun ataupun dipanggil maloklusi (bahasa dental). Kosnya lebih kurang RM4,000 - RM5,000 bergantung kepada keadaan gigi.



Rawatan implant
Untuk mengantikan gigi yang telah tiada akibat cabutan atau trauma. Kos bagi rawatan ini ialah RM3,000++ untuk sebatang implant gigi.




Rawatan crown
Rawatan kosmetik untuk mencantikkan gigi supaya kelihatan sempurna dan boleh berfungsi dengan baik. Kosnya dalam lingkungan RM100 ke atas.



Rawatan bridge
Rawatan ini lebih kurang dengan rawatan crown. Biasanya ia lebih mahal daripada rawatan crown. 









Walaupun rawatan tersebut mampu dilakukan, namun tindakan pencegahan adalah lebih baik sebenarnya. Oklah itu sahaja buat kali ni.GO! 

Shino said : sakit gigi yang paling sakit dalam dunia!

Labels: , , ,