Hidup Mesti Terussss!

 Gambar hiasan sahaja.

Kadangkala situasi tidak banyak memihak kepada kita dan kita seharusnya akur dengan apa yang berlaku serta mengambil langkah untuk menambahbaik perkara yang telah berlaku supaya tidak berulang. Itu sebenarnya adalah kehidupan. Kehidupan tanpa perkara dan peristiwa serta mengulangi hari-hari yang sama dalam hidup akan menjadikan satu kehidupan anda perkara yang amat membosankan kerana ketiadaan rencah kehidupan yang mencorakkan warna kehidupan anda.

Situasi :

a) Arini takde duit, sebab semalam dah tersalah beli barang. Apepun Hidup mesti terus!

b) Semalam gi usha awek. Comel muka dia. Sebijik macam Lisa Surihani. Dalam hati kata ye! Tapi tengok macam takde respon plak. Tapi Hidup mesti terus!

c) Naik motor langgar lampu merah. Then polis tahan. Kena saman plak. Hidup mesti terus!

d) Kereta parking kat tepi jalan. Kononnya nak singgah beli rokok.  Kereta baru keluar kedai 2 hari lepas, mileage belum cukup 1000KM. Tengok-tengok dah kena langgar lari. Hidup mesti terus!

e) Semalam naik opis lambat. Bukak pintu opis, tengok-tengok boss dah tercegat kat depan pintu. Kelu dan kantoi. Hidup mesti terusss!

f) Bawak kereta laju-laju, sebab nak balik cepat. Cilok sana, cilok sini. Heran sebab kereta depan bawak slow macam siput. Rupa-rupanya ada roadblock. Kena tahan. Hidup mesti terus!

g) Bangun tidur, sangat lapar. Terus gi kedai cari makanan. Heran sebab ramai perhatikan. Rupa-rupanya zip seluar lupa tutup. Hidup mesti terus!

h) Semalam jemur kasut depan pagar, konon-konon nak cepat kering. Tengok-tengok kasut dah kena simbah air kencing kucing. Hidup mesti teruss!

i) Mintak nombor telefon awek cun, dia bagi nombor hp. Lepas dah topup semua, cuba try nak gayut. Sekali makcik keling yang angkat. Rupanya salah nombor. Hidup mesti terus!

Mungkin tidak semua perkara yang berlaku ini ada persamaan dengan anda. Ini sekadar contoh sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapa mahupun penulis sendiri. Apapun yang berlaku, kehidupan mesti diteruskan kerana ia adalah satu tanggungjawab peribadi dan amanah Pencipta kepada kita sebagai seorang insan di atas dunia ni. Ok la GO!

Shino said : gambar hiasan sesi pemanas badan...!

Labels: , , ,