Kesempatan

Dulu kerja menoreh getah bukanlah pekerjaan yang menjadi pekerjaan idaman. Tapi sekarang, menoreh getah boleh menjadi sumber pendapatan lumayan. Makin lumayanlah jika ada kebun getah sendiri yang diusahakan oleh orang lain. Cuma ambil komisen setiap kali torehan dibuat.

 Pic by flickr 
Ramai juga kawan-kawan yang ada ladang getah sendiri. Cerita ini dikongsi bersama. Semuanya menghasilkan keuntungan sehingga RM5,000 sebulan (itu busuk-busuklah). Ini kerana harga getah pada masa sekarang sangat tinggi. Pada masa ini, getah mentah beku dalam takungan turut juga menjadi buruan pencuri.  

Haih. Ada juga manusia yang ambil kesempatan.. Makhluk yang berperanan mengambil kesempatan ini mungkin wujud dalam semua benda dan pekerjaan. Ok, ini sahaja entri kali ini. GO!

Shino said : Ambil peluang pada benda yang baik tu ok lah..

Labels: , , ,