Langit Tak Semestinya Cerah

Pernahkah korang terfikir, jika tiba-tiba kita hilang mata pencarian? Kita hilang upaya dan tidak mampu bekerja lagi. Dan pada masa itu, kita masih lagi berada dalam tanggungan yang perlu kita jelaskan pada setiap bulan. Rasa buntu juga jika tiada mata pencarian pada setiap bulan. ni. Sedangkan semua bil, pinjaman dan hutang bank patut dibayar on time. Pada masa sekarang, aku bolehlah dianggap berada pada tahap selesa dari segi kewangan. Semua ini adalah rezeki bekerja dengan gaji tetap. Hasil usaha belajar dan berkat doa kedua orang tua tercinta. 

Gambar Hiasan

Oleh itu, aku berharap pada suatu masa, aku mempunyai suatu benda yang boleh menjana wang ringgit dengan hanya goyang kaki tanpa berempas pulas bermain dengan birokrasi dan politik pejabat. Sesuatu perkara yang membuatkan aku lemas dan rasa stress. Biarpun kerja sekarang banyak tidak memerlukan pergerakan fizikal yang melampau, tetapi bebanan menggunakan otak aku rasa sangat tertekan dan memenatkan badan yang semakin lama semakin dimamah usia.

Haih, suatu misi yang amat berat untuk difikirkan. Sehingga kini, setiap detik dan waktu, aku akan berfikir apakah peluang-peluang yang ada didepan mata. Hampir setiap malam, setiap 5 minit pertama sebelum mata ini terpejam rapat, semua perkara pasti akan datang berulang-ulang yang inginkan jalan penyelesaian segera. 


Bab kata orang dulu-dulu, sedangkan ulat di dalam batu mampu hidup, inikah pula insan bernama manusia yang dikurniakan akal fikiran dan mampu bergerak dengan baik.

Alhamdulillah sehingga kini, minda aku telah mula dibuka, telah mula berfikir akan segala kemungkinan. Terlintas juga difikiran, jika kita sendiri yang tidak meletakkan diri kita pada tahap yang tinggi, nescaya rendahlah kedudukkannya. Oleh itu, aku harus berusaha menjana lebih keringat. Aku juga perlu lari lebih deras untuk berjaya! 

Itu sahaja coretan kali ini.GO!

Shino said : Usaha mesti diteruskan!

Labels: , , ,