Pencuri Trolley

Suatu hari kami ke pasaraya Tesco. Jadi, ambik kesempatan hujung minggu untuk beli barang rumah dan sedikit kelengkapan lain. Setibanya, aku capai satu trolley untuk kemudahan  mengisi barang nanti. Nak bawa bakul rasanya macam tak padan sebab shopping time ni biasanya banyak juga barang yang kami akan beli. 


Ape pun benda yang tidak dijangka berlaku sewaktu kami asyik memilih barang di rak makanan.  Tak lojik juga sebab trolley kami tu duk sebelah dengan kami je. Then benda tu boleh hilang begitu sahaja. Heran juga! Sebesar-besar trolley pun boleh kena kebas. Tetapi seingat aku, ada seorang lelaki berumur lingkungan 40 tahun yang menolak trolley tu sewaktu lalu lalang di situ. Aku menuju ke arah beliau dan bertanya. Dia tidak mengaku ambil benda tu. Jadi aku tak nak panjangkan cerita dan turun balik untuk dapatkan trolley lain. Itu sahaja cara terbaik. 

Mungkin ia satu benda yang tidaklah sangat serius untuk dibincangkan. Tetapi ia berkaitan dengan sikap seseorang itu yang suka mengambil kesempatan dan hak orang lain. Mungkin pada mereka ini, itu adalah perkara biasa. Yup! Mungkin biasa pada mereka dan mungkin juga tidak biasa kepada orang lain. Bagi aku sendiri pun, rasa tak tergamak untuk berbuat demikian. At least aku akan lihat sekeliling dahulu samada ia menjadi milik seseorang atau tidak. Jika pasti bahawa trolley tersebut tidak bertuan. Maka, bolehlah diambil.

Pada hari tersebut memang keadaan pasaraya penuh sesak. Plus trolley je tempat untuk mereka meletak barangan yang dibeli. Ditambah pula kempen kurangkan penggunaan beg plastik.  Sebenarnya, ramai yang lupa membawa beg plastik sendiri. Pada mula-mula ni memang ramai tak biasa dengan kempen ni. Tapi mungkin selepas dua minggu, perkara ini akan menjadi perkara biasa kelak. Ok lah itu sahaja! GO!

Shino said : trolley dan beg plastik..

Labels: , , ,