Talian Hayat

Waktu travel ke Putrajaya, tak prasan plak. Handphone murah ni kehabisan kredit. (Maklumla aku tak suke komitmen, so lebih suke pakai Prepaid) Dalam situasi untuk membuat panggilan. Sememangnya handphone salah satu talian hayat yang tinggal. Maklumla, nak bagitau pada sedara yang aku dah selamat sampai kat KLIA. Then diorang boleh datang pick up aku kat Putrajaya Sentral nanti. 

Jadi, dalam mencari jalan keluar ke atas situasi ini. Hanya satu sahaja alternatif yang terlintas dalam kepala. Iaitu SMS pada vendor untuk dapatkan advance credit. Namun begitu, percubaan tersebut tidak berjaya kerana aku lupa kod SMS dan no talian. Aduyaii! (Dah lama tak guna perkhidmatan tu, bleh lupa plak!)  

Dalam kepala ligat berpusing memikirkan apakah alternatif seterusnya? Dan kaki terus berjalan menuju ke stesen ERL, tiba-tiba aku terpandang satu mesin ATM Maybank di sebelah escalator.


Yup! Itulah alternatif yang aku ada sekarang! Terus ke ATM then dapatkan kad pra-bayar melalui transaksi akaun. Fuh!.. lega betol. Maka, dapatlah aku membuat panggilan dan teruskan perjalanan dengan selamat.

Shino said : Lega habis..

Labels: , , ,