Apakah Jenis ..?

Lepas launch tadi, aku masuk opis. Nak jumpa someone yang penting. Maklumlah dah lama beliau tunggu. Dalam kegawatan mengejar masa, macam lepas-lepas, aku gunakan lift untuk sampai ke puncak (6th Floor). Maklumlah opis bertingkat-tingkat ni, naik lift dah jadi macam rutin biasa.


Nak dijadikan cerita, ada seorang minah ni. Mungkin pekerja sini juga. Sebab muka dia selalu je aku tengok bertenggek kat depan kedai seberang jalan tu. Maklumlah opis aku ni sharing building. Banyak plak department atas tu. Kompeni miskin, nak jimatkan kos barangkali.

Jadi masa tu, dia tumpang satu lift dengan aku. Kebetulan, waktu tu memang ramai manusia naik untuk berurusan. Jadi lift tu dah nak dekat overload. Dalam keadaan lift sudah bertukar menjadi tin sardin, kalau nak bercerita pasal bau, memang takyah cakap ar. Ade semua jenis bau, tolak bau najis kambing je. 

Dengan muka senyum bak kerang busuknya, minah tersebut berasak nak masuk jugak. Nasib baik badan dia tak sebesar gajah Afrika. So, bleh la dia mencelah masuk dibawah ketiak abang berbadan besau!

Aku oke je part tu. Tak de punya lah. Yang buat aku bengang ialah dia tumpang lift tu just nak naik ke tingkat 1 je! (1st Floor) Mak aih.. padahal tangga sebelah tu kan ade. Sanggup beb dia nak berasak-asak naik lift just untuk ke tingkat 1! Haih ape jenis manusia aku pun tak taula. Padahal, setakat tingkat 1 tu, naik tangga lagi cepat. Bukan tinggi mane pun.

Haissss! Tak paham aku dengan minah tu.. Bila la die nak sedar!

Shino said : Haissss!!!

Labels: , , , ,