Berkawan Biar Betul

Sewaktu melaksanakan sesuatu pekerjaan yang kita kurang mahir dan pada masa tu, kita sangat memerlukan bantuan dari segi teknikal ke atas sesuatu pekerjaan itu. Tak kiralah jenis perkhidmatan macam mana pun atau sewaktu dengannya. Sebagai alternatif utama untuk mendapatkan bantuan ialah sahabat sekeliling kita.

Dalam masa kita sedang belajar sesuatu yang baru, kita alpa untuk beringat tentang jenis kawan yang memberikan pertolongan tersebut. Dan memang kita tak sangka yang kawan kita tu mengambil kesempatan ke atas kebodohan sementara kita (semasa nak belajar buat suatu benda).

Aku taktaulah jenis kawan macam mana lah mereka ni? Harapkan pagar, pagar makan padi. Dalam tak disangka-sangka kawan sendiri yang makan kawan. Kalau manusia lain aku tak heran pun sebab dah jadi macam benda biasa..

Oleh itu, aku rasa dalam bab berkawan ni, kita kena mengkaji banyak benda. Setengah kawan-kawan ni. Ada yang betul-betul ikhlas dan ada juga yang tak boleh wat masuk "dalam perut"(ayat typical kelantan).

Dalam masa kita beringat-ingat mengelak dari masuk mulut harimau, kita telah berjalan menuju terus ke buaya yang ternganga seluas-luasnya! Zalim betul! Kalau orang yang kita tak kenal mata hidung, memangla kita akan beringat lebih sket. Tapi yang dah kenal ni lah kita kurang beringat atas dasar nama persahabatan ikhlas yang kita jalinkan.

Inilah dunia.
Sekian! GO!

Shino said : wahai kawan...

Labels: , , ,