Bulan Mac

Bulan Mac. Haih bulan ni seperti tahun-tahun lepas, boleh dikatakan bulan yang paling banyak program. Termasuk bulan kerja berlambak, bulan kerja rajin dan bulan bagi aktiviti kekeluargaan.

Aku cakap bulan rajin bekerja ialah kerana pada bulan ni, banyak benda nak kena buat. Semua nak URGENT! Plus banyak lawatan tapak projek serta bulan menanggung kerja kawan yang bercuti panjang. Maklumlah, ia related dengan bulan bagi aktiviti kekeluargaan iaitu bulan perkahwinan. Amacam jelas tak penerangan ni?

Time bulan Mac ni juga selaras dengan cuti sekolah. Banyak jemputan kahwin aku terima. Dalam cuti seminggu bulan Mac ini juga penuh dengan jadual termasuk untuk majlis perkahwinan adik kandung aku sendiri. Tak lama lagi dia akan ikut jejak abang-abang dia ni membina keluarga sendiri. Tahniah adik!

Bulan Mac juga adalah bulan ulang tahun perkahwinan aku. Jatuh pada 13hb Mac. Maka genap satu tahun aku bergelar suami orang. Alhamdulillah. Syukur kerana pada hari raya tahun ini aku akan menyambut Hari Raya secara bertiga. Bukan berdua lagi. Good job mom!  Love u so much sayang!

Shino said : Bulan Mac ..

Labels: , , , ,