Erti Sebuah Ucapan

Apa perasaan anda jika dihargai? Lebih-lebih lagi apabila kita melakukan sesuatu benda dengan sukarela dan pekerjaan itu dihargai.


Dengan ucapan terima kasih, ia dapat memberi kita rasa gembira dan bersemangat apabila kerja yang dilakukan itu dihargai. Bukan aku berharap sangat, walaupun kerja yang aku buat itu tidak memadai dengan dibalas sekadar sedikit senyuman dan ucapan terima kasih, tetapi ia sudah cukup berbaloi kepada aku. 

Lebih-lebih lagi pekerjaan yang berkaitan dengan memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Orang sekarang ni susah nak luahkan ucapan terima kasih. Barangkali, mulut tu ada emas kot?! Atau mereka tak pernah diajar untuk mengamalkannya sebagai salah satu perilaku biasa.

Bila bercakap pasal ni, teringat aku pada satu kes di tempat keje. Ada seorang hamba Allah tu dalam kesusahan untuk menyediakan satu kertas kerja yang perlu disiapkan segera. Memandangkan aku tengah free dengan task yang sudah selesai, maka aku dengan rela hati menolong beliau atas dasar rakan satu tempat kerja.

Namun, setelah semuanya selesai, ia berlalu begitu sahaja. Tiada apa pun keluar dari mulut beliau sehinggalah aku angkat kaki dan beredar. Nak belanja makan jauh sekali. Haih! Rasa macam orang bodoh pun ada. Buat keje orang bagai nak rak. Bukan mengharap tapi at least penghargaan tu perlu ada. 

Kadang-kadang aku tak pahamlah jenis manusia macam gini. Fikir-fikir pun tak guna. Buat semak otak je. Oklah itu sahaj entri kali ini. GO!

Shino said : tq.. tq.. senyumm..

Labels: , , ,