Hari Yang Sibuk

Pagi yang nyaman, seperti biasa aku akan bersarapan bersama kawan sebelum memulakan aktiviti mencari rezeki. Perut mesti diisi supaya badan kekal cergas dan bertenaga.

Dalam keriuhan semasa menjamu selera, ada dua tiga orang akak ni. Umur dalam lingkungan 30 - 40 an. Duduk sebelah meja kami. Borak sakan nampaknya mereka. Selalu je ada sini. Barangkali sudah jadi port mereka kot.

Banyak betul cerita mereka, jelas plak dengar tu.. Sebijik-sebijik apa yang diorang borak kan. 
 
"Kak Yah, semalam tak sempat nak cerita pasal bla bla.. Nak tau takkkk..? "

Yang pasti aku nak cakap satu benda, dalam kehidupan kita ni, kita kena sibuk cari duit  dan bukan sibuk jaga hal orang..

Itu yang terbaik.. hu
 
Shino said : sibuk-sibuk juga..

Labels: , , ,