Hikayat Se... Tangan

Dulu masa mula-mula kerja, tangan ni memang banyak buat pergerakan. Angkat sana, tarik sini, tulis atas bawah dan lain-lain. Bila tengok tapak tangan yang hari-hari duk guna, kulit-kulit dah jadi kasar umpama kertas pasir gred 3. Bila lurut je kat dahi rasa kesat amat.

Tapi Tuhan maha adil, Dia beri rezeki pada insan yang kuat berusaha. Berbalik kepada rezeki dari Tuhan, tangan yang dulu terdedah dengan benda kotor berhabuk bertukar menjadi telunjuk ke sana dan ke sini. Tangan itu akhirnya tidak lagi kotor dan comot dek debu dan bahang matahari. Jarang sekali aku tengok tangan tu digunakan pada permukaan keras.

Berkat usaha yang gigih, Tuhan limpahkan banyak lagi rezeki kepada hambaNya yang taat kepadaNya. Pada masa ini, tangan tersebut hanya mendiami kocek empunya diri. Jarang sekali tangan itu keluar dari kocek seluar setiap kali bekerja. Barangkali sudah dapat status O.K. Iaitu Orang Kaya. Sekian entri buat kali ini. GO!

Shino said : cakap pasal tangan..

Labels: , , ,