Jadi Mangsa

Hari ini aku dikejutkan dengan peristiwa ragut yang berlaku betul-betul depan office aku. Kalau diikutkanlah, tempat yang sibuk gitu, jarang aku dengar kes ragut berlaku. Biasanya kes ni banyak berlaku ditempat yang agak sunyi je. Tapi sekarang, kalau nak melintas jalan, atau berjalan-jalan tepi jalan raya memang mudah terdedah dengan jenayah ni. Modul operasi peragut biasanya dengan menaiki motosikal secara berdua. Walaupun, ramai yang dah tahu akan perkara ni, namun kadangkala kita sendiri pun leka dan lupa akan ancaman peragut ni. Peristiwa ni pun berlaku sepantas kilat. Mungkin, mereka ni sudah lama memerhati kawasan tu sebelum melakukan jenayah tersebut.


Nasib baiklah beg yang akak tu bawa mudah terlepas daripada bahu beliau. Kalau tidak, sudah tentu beliau diseret di atas jalan tar. Dahlah beliau baru keluarkan duit gaji. Semuanya lesap dalam sekelip mata. Tapi, pada aku biarlah, hilang wang ringgit daripada diri sendiri menjadi korban. Peragut ni bukan dia tahu takut pun. Mereka ni dah memang nekad nak buat keje jahat tu. 

Apa pun, aku nasihatkan kepada semua, hati-hatilah semasa melintas jalan atau berada dilaluan jalan raya. Walaupun kita tak bawa handbag, kalau boleh, handphone pun sembunyikanlah sedikit daripada pandangan orang ramai. Beringat-ingatlah sebelum kena. Ok la itu sahaja entri kali ini. GO!

Shino said : hati-hati.. malang tak berbau..

Labels: , , ,