Jalan Shortcut

Jalan kat town sini sibuk bila petang. Waktu puncak biasanya awal pagi dan lewat petang. Macam biasa, dalam kesibukan ini, kita kena cekap dan perlu tahu jalan alternatif  mahupun jalan pintas untuk sampai ke satu tempat dengan cepat serta selamat dan mengelakkan kereta kita stuck ditengah-tengah jalan. Kalau tak, kita akan menerima nasib kelewatan dibaham dek jem! Tambahan, minyak mahal ni kena jimat-jimatkan skit dengan cara pemanduan yang kurang tukarkan gear.


Jalan tu selalunya jarang berlaku kes pemandu jenis ni. Pemandu tersebut macam biasa disahkan jantinanya perempuan. (perempuan lagi..hadoii) Pemandu expert ni sebab takde sign "P". Selalu takde masalah kot!

Apa yang berlaku, aku perlu menggunakan laluan tu. Dahla jalan tu satu line je, tapi di ni ntah kenapa aku tak paham, dia sibuk plak nak parking kereta sekitar tu. Punyalah lama duk main reverse masuk, reverse masuk, kalau bawak lori balak aku tak kisah pun. Ni kereta kancil je. Hadoiii.. dekat 10 minit aku duk tunggu dia alihkan kereta tu. Ni bukan lagi lambat macam siput dah ni, tapi dah macam bawak keta curi plak gayanya! Sebab nampak macam kekok sangat cara dia pandu tu.. Hadoii!.. Last-last jalan alternatif tu jadi jalan jem plak.. huu

Haihh.. malang betol..

Shino said : jalan alternatif..

Labels: , , ,