Makanan Dari Selatan

Hari ini aku melawat satu tempat ternakan kupang di Selat Tebrau, Johor. Salah satu tempat yang terkenal sebagai pengeluar kupang di Malaysia. Di dalam Malaysia ni, setahu aku dua negeri saja yang ada kupang iaitu di Melaka dan Johor. Tapi yang terbesarnya ialah di Johor lah kerana di sana mempunyai perairan yang sesuai dan kaya dengan plankton. Air laut pula statik dan tidak mengalir deras. Salah satu disebabkan oleh pembinaan Tambak Johor.

Walaupun kupang adalah sejenis plankton feeder, ramai yang suka makan benda ni walaupun kadangkala ada unsur heavy metal dan e-coli.

Cara ternakan ialah secara menggunakan bahan terpakai dari kilang. Dibawahnya ada tali untuk membolehkan benih kupang semulajadi untuk melekat. Disinilah semuanya bermula!








 Kemudian...
 Selesai sudah pungut hasil..

Rebusan menggunakan periuk besar. Kupang direbus sehingga masak supaya proses mengopek mudah dilakukan.
Proses mengopek secara manual. Guna tangan dan kemahiran tersendiri je!

Peluang pekerjaan kepada mereka disini. Bolehlah jana sedikit pendapat kepada suri rumah.

 Kupang selesai dikopek.
  
Pembungkusan secara manual. Lepas tu akan dipasarkan.
End product. Kulit kupang sahaja yang tinggal. Ok sudah abisss!!

Labels: , , ,