Mana Lebih Baik?

Bila umur meningkat ni, badan mula la jadi tak larat. Dulu lompat pagar, panjat pokok manggis, pokok duku pantang suruh je. Penjam mata pun boleh buat. Sekarang nak bergayut pun tak larat. 

Bukan otot tak kenyal. Tapi badan dah tambah size jadi tiga kali ganda dari zaman remaja. Maklumla hati pun senang kan. Kalau dulu nak makan manggis, kena panjat sendiri. Sekarang main hulur je. Maklumlah dah ade kerjaya, duit pun penuh kocek atas bawah.

Masa dulu makan nasi lauk ikan goreng sekerap je. Sekarang makan nasi kurang-kurang dua senduk. Pastu lauk plak nak ada ayam seketul. Pastu nak ada kari, telur dan ikan bilis. Tak mahal ke? Takpe. Ada duit boleh je bayar. Janji nak taknak makan je.

Masa dulu nak gi kedai kena jalan kaki. Paling maju pun naik basikal kayuh sendiri. Sekarang tak payah. Nak order pizza main call je. Then diorang hantar kat rumah. Senang kan? Badan sikit pun tak berpeluh.

Masa dulu, tidur pun tunggang terbalik, tak de kipas. Kalau cuaca panas tidur tak pakai baju pun jadi kerja. Soal nyamuk dah jadi benda biasa. Sekarang tidur atas tilam empuk. Bilik wajib ade aircond. Takde lektrik takleh tidur. TNB plak jadi mangsa kena maki.

Itulah beza dula dan sekarang. Sekarang dah tua dan penyakit bila-bila sahaja datang mengigit. Pantang salah sikit, terus kena penyakit. Haihh... Itulah kehidupan. Itu sahaja kali ini. GO! 

Shino said : dulu dan sekarang..

Labels: , , , ,