Melihat Makhluk Ghaib

Hari ni aku tengok rancangan Seekers. Menarik juga rancangan tu, sama je dengan rancangan terbitan Astro iaitu Ghost Lab. Mereka adalah kumpulan mencari dan membuktikan kewujudan entiti atau makhluk halus di sesuatu tempat. Tapi yang menarik ialah hantu-hantu ni berbeza mengikut bangsa la plak kan? Macam hantu pocong dan langsuir tu takde plak kat US..

pic by flickr

Kaedah mereka guna pun sama juga, ke suatu lokasi yang dilaporkan mempunyai penunggu dan cuba membuktikan kesahihan wujudnya makhluk tersebut. Cara mereka gunakan juga sama iaitu mencabar makhluk tersebut berikteraksi. Pada aku, apa yang mereka buat tu memerlukan tahap keberanian yang tinggi. Pada yang penakut tu, jangan cari pasal buat keje gile ni.. 

Walaupun sehingga kini aku tak pernah pun dengar manusia mati kena bunuh dek hantu, namun, makhluk tu still akan buat kita gerun dan jadi seram sejuk. Haih.. susah nak tafsirkan benda yang tak nampak dek mata kasar ni. Tapi, kalau korang nak tahu, ada juga manusia yang mempunyai kelebihan melihat makhluk tu. Sebagai contoh terdekat ialah saudara mara aku sendiri yang mempunyai anugerah tersebut. Beliau dapat melihat dengan jelas setiap makhluk halus dengan mata kasar beliau. Seksa juga kan, hari-hari mesti terganggu dengan kemunculan makhluk pelbagai bentuk duk main lalu lalang depan mata. Sangat tragis sebenarnya. Bagi beliau mungkin dah biasa. Tapi, kalau aku sendiri haih..malas nak cakap besarlah..

Namun, dalam Al-Quran dan Hadith sahih telah menerangkan bahawa kita kena percaya dengan kewujudan makhluk halus ni. Ok la, itu sahaja entri kali ini.

Shino said : Makhluk Tuhan juga..

Labels: , , ,