Penyakit Dicari..

Setiap tiga kali seminggu, wajib kena gi buat treatment. Kalau tak pergi nanti badan rasa lemah, tak bertenaga dan mata naik kuning. Itulah yang berlaku pada seorang kawan ni. Kesian beliau. Umur baru nak masuk 30 tahun, muda lagi. Tapi disebabkan penyakit tersebut, beliau sengsara..

 kek buah pinggang! Sape sanggup makan??

Aku sebenarnya tertarik untuk tahu, apakah punca beliau mendapat penyakit tersebut? Maka dia menceritakan dengan panjang lebar. Nak cerita semuanya? tak larat. Aku ringkaskanlah. Sebenarnya, pada dua tahun lepas, beliau mengamalkan meminum minuman ringan dalam botol dan tin setiap hari. Dalam peti ais umah beliau penuh dengan minuman ringan. Bab kata orang, minuman ringan berkarbonat ni sudah jadi macam makanan ruji beliau. Dalam satu hari, wajib satu botol besar akan dihabiskan. Mungkin sudah jadi ketagihan barangkali.

Oleh sebab diet melampau tersebut, maka kedua buah pinggang beliau rosak dan tidak dapat berfungsi. Kata orang, terlajak perahu boleh diundur.. Apepun, sekarang beliau terpaksa mengharungi penyakit tersebut selain berusaha mengubati. 

Walaupun, kerosakan tersebut agak memakan masa untuk sembuh, tapi insyallah dengan usaha dan doa, tidak mustahil beliau akan sembuh. Aku berpesan kepada kawan-kawan semua, jagalah kesihatan diri kerana tiada apa yang lebih berharga daripada itu. Sekian, GO!

Shino said : penyakit yang dicari..

Labels: , , ,