Peristiwa 13 Mac

Rasanya belum terlambat untuk entri berkenaan peristiwa yang berlaku sekitar Mac 2011. Ibarat seperti pesta pula, sudah tiga tahun berturut-turut rumah orang tua menjadi kunjungan sempena majlis pertabalan Raja Sehari.

Bermula pada tahun 2008, perkahwinan abang sulung aku berlangsung pada 13 Mac 2009. Kemudian, disusuli dengan adik beliau iaitu aku sendiri. Juga pada tarikh 13 Mac 2010.

Namun, sekarang adik perempuan pula yang melangsungkan perkahwinan pada 13 Mac 2011. Tarikh 13 Mac sudah menjadi tarikh keramat untuk family kami. Ceritanya dikongsi dalam entri khas perkahwinan tahun pada 13 Mac 2009 dan 2010 :

Majlis Perkahwinan pada 13 Mac 2009

Majlis Perkahwinan pada 13 Mac 2010 

Belum tentu lagi 13 Mac 2012 akan menjadi milik adik perempuan yang terakhir. Kalau jodoh sampai, rasanya macam tak mustahil. Bab jodoh ni tak tentu. Tuhan sahaja yang tahu.

Sepanjang persiapan majlis, memang amat memenatkan, bermula dengan sesi mesyuarat ahli keluarga sehingga lah pelaksanaan kerja gotong-royong bermula. Alhamdulillah, kehadiran pengunjung tak kurang 1000 orang dan jamuan makan mencukupi untuk jumlah keraian tu. Kalau tak, terpaksa sediakan lauk tambahan lain.

Bak kata orang, berat sama dipikul, ringan sama dijunjung. Maka, segala kerja akan menjadi mudah dengan kerjasama. Ala-ala macam team building plak kan! Kalau dulu aku duduk atas pelamin dan hanya melihat-lihat orang lain buat kerja, tapi sekarang aku lah antara seorang yang paling sibuk membuat persiapan. 


Walaupun penat, tapi diakhir majlis, semuanya nampak ceria. Puas barangkali! Maklumlah, semuanya selamat dan berjalan lancar. Mungkin pengalaman dua tahun berturut-turut menjadikan semuanya tiada masalah. Kalau dulu, rasa macam susah juga. Bak kata orang Alah biasa tegar biasa.


Apepun, kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada beliau. Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat... Aminn..

shino said : selesai sudahh!

Labels: , , ,