Tergendala Seketika Ini..

Arini aku tengok muka abang guard tu mencuka. Begitu juga dengan makcik penjual nasi depan tu. Abang cleaner plak nampak kelam kabut dengan baldi sambil mengelengkan kepala. Akak kedai bawah ni plak asyik mengeluh je.

Harini hujan renyai-renyai. Tapi bekalan air terputus plak. Abang guard tadi mundar-mandir je dekat area tandas awam bawah tu. Patutlah muka beliau masam je. Mungkin "hutang" nya belum dapat dilunaskan!

Dikala hujan gerimis gitu, memang menjadi halangan buat gerai menjual nasi depan tu. Maklumlah, tempat berteduhnya semput. Cukup muat diri beliau sahaja. Oleh itu, pelanggan jadi kurang. Patutlah, lain je muka makcik tu.

Semasa berjalan melintasi laluan ke lift dalam bangunan tu, memang nampak abang cleaner sibuk mencuci bekas tapak kaki pada jubin bangunan. Dikala bekalan air terputus, kerja mencuci menjadi satu kerja yang amat mencabar buat beliau. Kalau tak cuci nanti lagi comot dek bekas kasut orang yang lalu lalang situ. 

Hujan yang berangin ini telah menyebabkan tempias pada kedai runcit dibawah bangunan ni. Sebab itulah, akak dibawah tu asyik mengeluh je. Maklumlah, habis majalah dan akhbar terkena tempias. Beliau terpaksa mengalihkan semua barang yang terdedah itu.

Haiss.. duk asyik tengok orang je. Tiba-tiba, boss call tanya task yang semalam. Lastly muka aku plak masam mencuka. Ok la itu sahaja. GO!

Shino said : hari-hari cikgu main bola... lala