Wajah Cermin

Kalau cakap pasal anak kembar, teringat pada dua orang kawan pejabat aku. Mereka masing-masing dikurniakan anak kembar. Kalau masa dulu-dulu, ramai yang taknak dapat anak kembar ni sebab kata mereka tak macam kelahiran normal biasa. Tapi sekarang ni, lain pula ceritanya. Kalau dapat anak kembar dah jadi macam trend pula dan ada juga pasangan yang berkeinginan untuk dapatkan anak kembar. Barangkali, boleh jimatkan usia kot! Si ibu plak tak perlu mengandung banyak kali untuk dapatkan jumlah anak yang ideal. Tapi, bagi aku sendiri, tak kisah la dapat anak kembar ke tak, janji anak tu cukup sifat.

 
Berbalik kepada kisah kawan aku. Beliau dianugerahkan anak kembar cermin. Sebenarnya istilah kembar cermin ini wujud kerana kembar A dan kembar B menggunakan tangan berbeza untuk menulis. Sebagai contoh, kembar A menggunakan tangan kiri dan kembar B menggunakan tangan kanan untuk menulis.

Apa yang pasti, kembar ni macam ada aura pula antara mereka. Kalau seorang dah kena demam,  maka berjaga-jagalah kerana selang beberapa hari lepas tu, sudah pasti yang seorang lagi pula yang akan terkena penyakit yang sama. Perkara ni biasa berlaku kepada anak kembar.

Dari segi wajah pula, sewaktu bayilah paling sukar untuk kita kenalpasti kembar tersebut. Bayi ni, kalau baru lahir memang nampak takde beza. Jangan pula terbagi susu pada bayi yang sama pula nanti. Nanti kesian pula pada yang seorang lagi tu. Kadang-kadang tu, kalau dilihat dari arah belakang dan sisi mereka ni, memang susah nak cam.. Terutama semasa berumur 3-4 tahun.

Kalau bab bergambar plak, elok tulis atau asingkan gambar mereka dalam album berlainan supaya tidak keliru gambar kepunyaan yang mana satu. Bila mereka dah  dewasa nanti, lagi lah susah untuk kenalpasti gambar-gambar tu nanti.
 
Orang cakap dapat anak kembar ni memerlukan belanja besar kerana semuanya mesti berganda. Bermula dari susu, lampin, baju dan sebagainya. Walaupun begitu, mereka lupa bahawa kelahiran dua anak tersebut memberikan kelebihan dua pintu rezeki kepada mereka.. Haih itu lah kekuasaan-Nya! Oklah itu sahaja kali ini.

Shino said : tengok cermin..

Labels: , , ,