Cukupkah Untuk Semua?

Musim durian dah tiba, sekarang ni dekat tepi-tepi jalan sudah ada yang jual durian. Tapi pada masa sekarang, harga untuk sebiji durian agak mahal juga. Dalam lingkungan RM5 hingga RM8 sekilogram. Kalau durian mahal, lepas tu ramai pula yang nak rasa, kalau tak kena cara, memang terpaksa habiskan banyak duit untuk beli durian-durian tu. Sebiji baru ada 7 ulas dan sesetengah durian kampung ni mempunyai isi yang nipis.


Oleh yang demikian, Pak Ali yang mempunyai 8 orang anak telah menemui penyelesaian dengan hanya membeli dua (2) biji durian untuk dijamu kepada anak-anak beliau. Daripada dua (2) biji durian tersebut, ia dimasak dan dijadikan satu masakan berasaskan durian iaitu Pengat Durian.

Maka, dapatlah anak-anak beliau merasa dan memakan sepuas hati. Oklah itu sahaja entri kali ini. GO!

Shino said : makan pengat

Labels: , , ,