Sudah Jadi Sebati Dalam Tubuh


Susahnya nak kurus kan badan. Kalau bersenam dua kali seminggu belum tentu dapat kuruskan badan dan bakar semua lemak yang telah berpuluh-puluh tahun bersarang dalam tubuh. Bak kata orang, kalau setakat beli track suit baru, kasut sport baru dan jersey untuk aktiviti berjongging sehangat-hangat tahi ayam baik tak payah kot! Jenis yang bersukan ikut musim ni lah selalu tak menjadi. 

Aku rasa, aku mempunyai jadual futsal setiap dua (2) kali seminggu. Itu sukan wajib dan tak pernah aku miss. Sekarang sudah masuk setahun. Tetapi berat badan still maintain. Nak kata turun 3 kilo pun payah. Haih. Betul lah orang cakap, nak hilangkan lemak bukan senang. Tapi nak tambah berat mudah amat! Barangkali lemak tu, sudah jadi sebati dalam tubuh. Liat sungguh nak dicairkan..

Diet nak tambah berat badan paling berkesan ialah makan nasi gulai kari mamak setiap hari pada waktu malam pukul 1.00 pagi. Dalam seminggu kompem naik!! Aku jamin tuuu.. 

Sebab tu lah sekarang banyak penyakit rakyat Malaysia datang daripada makan berlebihan bukan kekurangan makanan. Renung-renungkan lah... Oklah itu sahaja buat kali ini. GO! 

Shino said : kontrol nafsu makannn..grrrr!

Labels: , , ,