Demam Nora Elena


Haih. Nak cerita kan..nanti orang cakap jambu lah!. Dalam hati ada taman lah.. macam-macam lagi. Susah betul kalau lelaki tengok cerita cintan-cintun ni. Sure kena kutuk dek budak-budak. Ape la korang ni. Bikin panasss line jek! Hehe Tapi lantaklah kan. Janji syok pe layan Akasia tu petang-petang.

Sebenarnya, itu sahaja waktu aku tengok tv. At least ada gak hiburan pada petang ari. Kalau tak layan drama pun, aku sure layan kartun. Kitaresu lah, Doraemon lah, Sin chan lah, Naruto lah dan lain-lain.

Apa yang menariknya, sekarang timbul lak Akasia Nora Elena. Pergh! Kena plak dengan lagu Sofaz, then pelakon yang jelitawan macam Siti Saleha dan sekacak Aaron Aziz buatlah cite tu lagi gempak. Seingat aku lah sepanjang tengok pada episod pertama, aku terus teruja nak tau sape pelakon jelita yang pegang watak Nora Elena tu? Sebab tak pernah nampak, tapi perasan plak dia ni macam pernah jadi model iklan.

Pepun, lepas pada tu, aku search dalam internet. Then akhirnya aku tau nama beliau. Hehe Sorry la eh.. kalau pemain bola kenal sangat dah, sekali skala nak juga kenal artis melayu ni.

Shino said : layannn~

Labels: , , , ,