Kontraktor Sangkut & Projek Perintis

Selepas beberapa bulan berhempas pulas menyiapkan projek ini, akhirnya ia berjaya juga disiapkan dengan peruntukan mencecah puluhan ribu juga. Sebenarnya ini pengalaman pertama aku membina bangunan. Maklumlah dalam bab kerja melibatkan pembinaan memang kalau tak arif sure je kita ni selalu akan kena sembelih dek tukang. Nak salahkan mereka pun tak boleh juga. Sebab diorang ni cari duit ikut cara ni.


Sebenarnya, projek ni pernah juga pending selama genap 1 bulan. Ini adalah disebabkan oleh kelulusan oleh pihak PBT. Al kisahnya, aku yang selaku newbies ni manelah tahu sangat prosedur camtu. Urusan mendapatkan kelulusan membina bukan benda yang boleh dipandang remeh. Tempoh masa pembinaan akan tersangkut kerana tidak dapat disiapkan. Ye lah, dah kena sita sekejap! Hu


Masa tu lah, aku gunakan segala contact person yang ada untuk bantu uruskan. Akhirnya kelulusan itu berjaya diperolehi dan pembinaan bermula seperti biasa. Dalam masa aku mementingkan lebih penjimatan ke atas projek ini, maka kerja mengecat aku lakukan dengan sendiri. Jadi, dah saved sikit. Sambil-sambil exercise je boleh buat benda ni.

Apepun, projek ini hanya menunggu pendaftaran elektrik. Maklumlah pendawaian menggunakan sistem 3 phase memerlukan belanja yang agak besar. Tapi dari segi kegunaan, ia amat efisen dan boleh menggunakan mesin yang menggunakan banyak kuasa elektrik ditambah pula ia menjimatkan elektrik dan mengelakkan trip!

Tak abis dengan kes pendawaian, masalah lokasi sekitar yang bekalan air kerajaan memberi sedikit masalah. Tapi akhirnya, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan kaedah air bawah tanah. So, lebih jimat.
Akhir cerita, bangunan serba guna ini sesuai untuk dijadikan bengkel, stor barang, restoran, kedai dan carwash. Itu adalah konsep aku iaitu menyediakan infra untuk kemudahan semua golongan yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Sekian.

Labels: , , ,