Misi Akikah

Malam tu, selepas acara akikah, sewaktu Khalish tidur nyenyak atas riba mummy dia, aku dengan ini tidak berfikir panjang dan terus menyempurnakan upacara bercukur rambut Khalish sehingga botak. Ia adalah satu kerja yang sangat teliti dan memerlukan kesabaran dan fokus. 

Maklumlah kepala baby yang berusia seminggu ni masih lembut. Ditambah pula, rambut asal Khalish yang lembut menyebabkan tumpuan yang lebih supaya mata pisau cukur dapat menjalankan tugas dengan selamat tanpa sebarang luka. 

Itulah pengalaman pertama aku selaku ayah kepada Khalish. Maka, setelah satu jam berhempas pulas membelek-belek kepala Khalish, akhirnya kepada beliau botak sepenuhnya pada malam itu juga. 

Labels: , , ,