Shino JR.

Alhamdulillah.. Syukur! Akhirnya aku dah menjadi seorang ayah pada 18 April 2011. Maka, aku namakan puteraku ini dengan nama Khalish Iskandar. Semoga menjadi anak yang taat kepada ibubapa dan Allah s.w.t. 

Apapun, tiada apa yang dapat digambarkan selain kepuasan dan kebahagiaan kepada kami berdua dengan kehadiran Khalish Iskandar dalam keluarga kami. 

Sebenarnya, menunggu saat kelahiran adalah masa yang paling genting. Selagi baby tak keluar, selagi tu lah rasa resah dan bimbang. Bak kata orang tiada lagi kesakitan paling sakit daripada melahirkan anak. 

Selamat berpantang kepada wife tersayang. Kesian sebab takleh makan benda macam-macam. So, dimasa cuti lama ni, bolehlah rehat-rehat dan besarkan baby Khalish..

Em itu sahaja entri kali ini. Takde masa nak tulis panjang-panjang... GO!

Labels: , , ,