Wahai Ibu

Rasanya sempat lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua yang bergelar ibu.  Kepada bakal menjadi ibu, pengalaman melalui detik sehingga kelahiran seorang anak pasti menjadi cabaran. Bukan itu sahaja, cabaran itu akan berterusan sehinggalah matamu tertutup rapat. 

Wahai ibu, dimatamu ada kasih dan kasihan, didadanya ada keberkatan susu, dibibirnya dan telapak tangannya ada doa yang berkat, dirahimnya bermulalah sebuah kehidupan dan ditelapak kakinya ada Syurga. Ya Allah, sangat tinggi dan mulianya darjatmu wahai ibu disisi Allah. 

Cukuplah dengan peristiwa membuang bayi. Janganlah ada lagi kes membuang ibu ke rumah kebajikan. Insafilah bahawa, tiada ibu, maka tiadalah kita. 

Selamat Hari Ibu buat ibu tersayang dan juga isteri tersayang. Semoga dilimpahi segala kerahmatan dan kebaikan di dunia dan akhirat. Amin..

shino said : selamat hari ibu..umi!

Labels: , , ,