Merah untuk Red Devil dan merah juga untuk Red Warrior. Walaupun pasukan Manchester United kecundangan dengan FC Barcelona. Tapi harapan kali ini ialah untuk pasukan Red Warrior plak.
Setakat ni ramai dah stat bertolak ke Bukit Jalil untuk melihat perlawanan Kelantan FA menentang Terengganu dalam merebut Piala FA. Bukan stakat tu, tiket flight ke Kuala Lumpur pun habis. Bak kata orang semangat bola ni memang tak pernah padam! Sejak dulu sampai sekarang, bola sepak memang sukan no. 1. Percayalah cakap aku!
Ulasan perlawanan Liga Super pada 6 hb Jun 2011, Kelantan menang 3 - 0 kepada Terengganu. Ini membuktikan kehebatan skuad Red Warrior! Gomo Klate Gomo! Hehehe
Piala FA ni, gawang Red Warrior sudah terjamin selamat sebab keeper Malaysia, Khairul Fahmi pun turut kesebelasan utama. Hilang sket rasa risau tu. Walaupun ada ura-ura mengatakan Kelantan akan jual permainan kepada Terengganu semata-mata hadiah sempena pertabalan Agong, tapi bagi aku semua itu tidak akan berlaku. Semua ini adalah gangguan belaka.