Sewaktu di Terengganu, saya sempat  merakamkan gambar ini. Waktu pagi yang berawan membantu saya mendapatkan  gambar yang jelas dari segi kepulan awan. Sebenarnya itulah tarikan  bagi gambar ini. 
Walaupun dilihat agak kemas, tapi pada saya gambar ini mempunyai sedikit kelemahan iaitu pada bahagian horizontal yang sedikit senget (lihat gambar sebelah kiri). Dalam mengambil gambar, bahagian horizontal sepatutnya lurus. Itu yang terbaik.
Bagi saya sendiri, setiap gambar yang diambil  haruslah  mempunyai rempah yang cukup sebelum diadun menjadi pemandangan  sebegini.  Walaupun ada yang kurang minat dengan gambar sebegini, kerana ketulenan gambar yang terjejas, pada  saya  sendiri ia amat menarik kerana ada kelainan. Terpulang pada  pandangan  masing-masing. Anda yang tentukannya.
Labels: belajar, gambar, pantai