Rehat Seketika

Pada hari-hari biasa yang sibuk dengan tugasan seharian, kadang-kala ia membuatkan kita menjadi stress dengan task kerja yang pelbagai serta karenah orang ditempat kerja. Oleh itu, dengan masa yang terluang bolehlah saya merehatkan diri sambil menjamah kesegaran air terjun sekitar sini.

Lagi BEST!
Bagi saya, berehat sambil menikmati kesegaran udara sambil membasahkan tubuh dengan air sejuk dari kaki gunung membuatkan rasa tensen dan stress hilang begitu sahaja. Seperti biasa, saya akan selalu selitkan dengan aktiviti bermain dengan kamera DSLR buruk saya.

Sebenarnya, saya kurang mahir dalam mengendalikan DSLR terutamanya menggunakan cara slow shutter. Semuanya dipelajari melalui buku ilmiah dan kawan-kawan lain. 

Lokasi : Air Terjun Lata Tembakah, Besut, Terengganu (5.00PM)
Ini adalah percubaan pertama pada tahun ini, untuk menghasilkan gambar secara slow shutter.


Maka, bolehlah saya menambahkan lagi koleksi gambar simpanan saya. Sekian, buat kali ini.

Labels: , ,