Cucuk Duit

Bila tiba waktu petang, mesti ramai orang kat mesin ATM, silap haribulan kena beratur panjang. Tambahan pula, pada musim-musim Ramadhan ni dan ditambah dengan musim cuti sekolah menambahkan lagi kesesakan urusan di bank. Kadang-kala sesetengah bank hanya sedia 2 atau 3 sahaja mesin ATM. Tapi buatnya 1 sahaja yang terpakai, maka terpaksalah beratur panjang sampai keluar pintu bank. Dasyat betol! Masa sekarang semua sanggup tunggu.

Perkara paling sakit hati ialah bila waktu orang beratur nak ambil duit ada pula guard yang sibuk-sibuk nak servis mesin ATM. Cuba cari masa lain boleh tak? Takkan benda gitu pun takleh nak fikir. Sila lah rancang supaya tak menyusahkan pengguna.

Tadi semasa di bank, ramai orang tengah beratur untuk tunggu giliran ambil duit kat mesin ATM. Walaupun di bank tu ada 3 buah mesin ATM sahaja, namun hanya 2 sahaja yang boleh dipakai. Nak dijadikan cerita, ada seorang lelaki tua ni kurang sabar. Maka, saya beralih ke barisan sebelah untuk memberi laluan kepada beliau sebab nampak beliau macam kecoh-kecoh sahaja.

Namun, apabila sampai ke giliran beliau, tiba-tiba mesin tu "Temporary Out of service". Dengan frustnya beliau beratur  ke barisan sebelah. Nasib malang buat beliau sebab sekarang beliau kena menunggu 12 orang lagi sebelum dapat giliran.

Labels: , , ,